Posts

'Storage space running out'..samsung tab 7.0 ku..

Pening...pening..pening.. Aplikasi yang ku download dalam tablet boleh kira pakai jari, tapi device memory storage sudah tenat..11Gb digunakan.. tidak logik langsung. Mula2, aku amik jalan mudah dengan format tablet semula..walhasilnya hilang semua aplikasi2 yang sudah diinstall..itu cerita dulu. Kali ini aku malas dah format apabila problem yang sama terjadi..nak tak nak keno 'goggle'lah cari penyelesaian., rupa2nya mudah sangat nak selesaikan masalah ni.. Caranya..taip dial #*9900* tekan je delete dumpstate..lepas tu exit..settle..
Image
SABAH...Checkpoint Terakhir Melawat Negeri-Negeri Di Malaysia.. Allahamdulillah, menjejaki kaki di tanah Negeri Di Bawah Bayu , bererti lengkaplah sudah aku menjelajahi negeri-negeri Malaysia yang ku cintai ini. Ingat nak amik gambar kenangan di landasan kapal terbang Kota Kinabalu sebagai rekod sudah khatam melawat semua ibu kota negeri, rupa-rupanya TIDAK DIBENARKAN sama sekali penumpang mengambil gambar di sana. Terpaksalah rakaman foto diambil dalam terminal. Apa-apapun ku rafakkan rasa kesyukuran kepada Illahi kerana masih memberi peluang kepada hambanya yang dhaif ini menjelajahi bumi negara yang tercinta ini. Selama 3 hari 2 malam berada di sana, alhamdulillah hampir 1/3 bumi Sabah telah ku jelajahi. Bermula Kota Kinabalu ke Kundasang hingga Lawas, Sarawak. Lebih kurang pukul 9.30 pagi hari Jumaat (8 Oktober 2013) dalam  cuaca hujan renyai-renyai, kami sampai Lapangan Terbang Kota Kinabalu.   Abg. Nik dengan kereta Wishnya yang bergaya dan mantap datang menjemput ...
Image
MENYUSURI KEINDAHAN ALAM DI TASIK KENYIR, TERENGGANU Tasik Kenyir merupakan sebuah tasik buatan. Walaupun tasik buatan tetapi keindahan alamnya seolah-olah ia tasik semulajadi.  Kalau ada yang bertanya : "Bagaimana perasaan anda tentang Tasik Kenyir?", jawapanku mudah dan senang : "Selusurilah tasik itu, di sana ada jawapannya." Atas inisiatif kak Yan sekeluarga, kami telah menempah house boat dan rumah penginapan persekutuan untuk menikmati alam flora dan fauna di tasik kenyir selama 2 hari 1 malam (15-16Sept 2013).  Teruja kerana kali pertama bemalam di atas kapal. Bermulanya jelajahi alam Tasik Kenyir Pokcik bersama Azmina berehat di anjung houseboat Ruang tamu Bilik tidur Tentatif program seperti berikut; Hari Pertama - Mula bertolak dari jeti Pengkalan Gawi, Kuala Berang  menuju  ke air terjun Tasik Kenyir. Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam. -Bermalam di jeti Petang Resort. Di sinilah bemulanya aktiv...

Lawatan Ke USS Singapura

Image
Alhamdulillah hajat ingin memijak kaki di tanah seberang tembok Johor akhirnya tertunai jua. Menjejaki tanah Singapura sudah lama ku idamkan bermula pada tahun 1996 ketika mula-mula bekerja di bangunan Komtar JB dahulu. Akhirnya pada tanggal 29 Mei 2013 barulah misi ini berjaya.   Universal Studios Singapore (USS) Sesiapa yang datang ke USS pasti kagum dan berpuas hati dengan segala yang ada didalamnya.  Maklumlah tempat  entertainment, hiburan sekeluarga. Walaupun begitu ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sekiranya hendak melawat ke sana, antaranya : 1. Tidak sesuai untuk orang tua (mak ayah kita-sekitar umur 60thn lbh) kerana tempat itu amat luas dan perlu berjalan ke sana-sini bagi merasai zon-zon studio yang ada didalamya. Memenatkan dan tempat istirehat hanya sedikit disediakan. 2. Tidak sesuai kanak-kanak berumur bawah 2 tahun kerana kebanyakan studio melarang kanak-kanak kecil memasukinya, terutama bawah 2 tahun. Bagi kanak 4 tahun ke atas pe...

Selangkah Perjalanan Seribu Pengalaman..

Image
 Medan adalah ibu kota Sumatera Utara ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Medan ) dan merupakan salah satu bandaraya yang begitu sibuk dengan aktiviti-aktiviti harian warga kotanya.  Di kesempatan ini inginku catatkan sedikit sebanyak kenangan manis ketika berada di sana. Lawatan ke kota Medan dan beberapa tempat menarik di sekitar daerah/kabupaten sekitarnya selama 6hari/5malam. Kenangan manisnya.. 1.Membawa rombongan sekeluarga isteriku seramai 17 orang dewasa & 4 kanak-kanak selama 6h/5m dengan bajetnya sekitar RM 4000 sahaja. jimatkan!. Destinasinya ialah Kota Medan, Berastagi, Parapat, dan Danau Toba. Di kota Medan kita akan terkejut dengan sistem lalulintasnya..begitu sibuk dan sebahagiannya tidak mengikut undang lalulintas. Pembangunannya pesat dan pengangkutan awam yang lebih baik berbanding  di Malaysia, senang dapat dan melimpah-ruah he.. Singgahlah dan nikmatilah PIZZA HUT Merdeka Walk, rasanya lebih sedap dan lembut. Jangan bimbang, halalnya dikitiraf.....