SABAH...Checkpoint Terakhir Melawat Negeri-Negeri Di Malaysia..
Allahamdulillah, menjejaki kaki di tanah Negeri Di Bawah Bayu, bererti lengkaplah sudah aku menjelajahi negeri-negeri Malaysia yang ku cintai ini. Ingat nak amik gambar kenangan di landasan kapal terbang Kota Kinabalu sebagai rekod sudah khatam melawat semua ibu kota negeri, rupa-rupanya TIDAK DIBENARKAN sama sekali penumpang mengambil gambar di sana. Terpaksalah rakaman foto diambil dalam terminal.
Apa-apapun ku rafakkan rasa kesyukuran kepada Illahi kerana masih memberi peluang kepada hambanya yang dhaif ini menjelajahi bumi negara yang tercinta ini. Selama 3 hari 2 malam berada di sana, alhamdulillah hampir 1/3 bumi Sabah telah ku jelajahi. Bermula Kota Kinabalu ke Kundasang hingga Lawas, Sarawak.
Lebih kurang pukul 9.30 pagi hari Jumaat (8 Oktober 2013) dalam cuaca hujan renyai-renyai, kami sampai Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Abg. Nik dengan kereta Wishnya yang bergaya dan mantap datang menjemput kami sekeluarga. Azmina dan Ahsan begitu teruja menaiki kereta bapa saudaranya yang luas dan selesa itu..
Seperti biasa, sebelum bertolak, kami berbincang terlebih dahulu tentang tentatif perjalanan sepanjang berada di Sabah. Tentatif perjalanan amat penting bagi kami yang jarang-jarang sekali dapat menjejaki di bumi borneo ini.
Perjalanan pertama ialah terus menuju ke Kundasang. Sebelum sampai di Kundasang, singgah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi menunaikan solat Jumaat. Di UMS terdapat Akuarium & Muzium Marim. Walaupun kecil berbanding Underwater World Langkawi tetapi masih boleh dipuji hiasan akuarium yang cantilk dan persekitaran dalaman yang kondusif. Disyorkan melawatinya..

Kira-kira pukul 5.30 petang, kami sampai di kampung Mesilou, Kundasang. Kami telah menyewa homestay dan bermalam di sana. Kg. Mesilou adalah sebuah perkampungan yang terletak di kaki Gunung Kinabalu.

Comments