Lawatan Ke USS Singapura
Alhamdulillah hajat ingin memijak kaki di tanah seberang tembok Johor akhirnya tertunai jua. Menjejaki tanah Singapura sudah lama ku idamkan bermula pada tahun 1996 ketika mula-mula bekerja di bangunan Komtar JB dahulu. Akhirnya pada tanggal 29 Mei 2013 barulah misi ini berjaya.
Universal Studios Singapore (USS)
Sesiapa yang datang ke USS pasti kagum dan berpuas hati dengan segala yang ada didalamnya. Maklumlah tempat entertainment, hiburan sekeluarga. Walaupun begitu ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sekiranya hendak melawat ke sana, antaranya :
1. Tidak sesuai untuk orang tua (mak ayah kita-sekitar umur 60thn lbh) kerana tempat itu amat luas dan perlu berjalan ke sana-sini bagi merasai zon-zon studio yang ada didalamya. Memenatkan dan tempat istirehat hanya sedikit disediakan.
2. Tidak sesuai kanak-kanak berumur bawah 2 tahun kerana kebanyakan studio melarang kanak-kanak kecil memasukinya, terutama bawah 2 tahun. Bagi kanak 4 tahun ke atas perlu jagaan orang dewasa.
3. Sediakan diri anda untuk beratur panjang di beberapa studio terutama Studio Transformer. Lenguh kaki tetapi berbaloi. Tempoh masa beratur/tunggu dinyatakan di pintu masuk jadi conggak-conggaklah boleh tahan atau tidak menunggunya.
4.Ada setengah tempat permainan memerlukan baju hujan,kalau tak pakai alamatnya basahla. Belilah awal2 kalu nak jimat sikit....Mesin pengering caj $5 & baju hujan plastik lebih kurang $5 sehelai.
5. Kosongkan memori SD memory & bateri penuh kemera anda sebelum ke sana. Ambillah gambar sepuas hati kerana semua kawasannya cantik dan nampak "real" dalam gambar nanti. menyesal jika tertinggal kamera atau bateri habis macam kamera saya la adoi..doi..doi..doi..
6. Akhir sekali, jangan lupa mula-mula sampai je terus cari map@peta USS..senang nak bergerak ke sana-sini nanti, kecuali yang ada pemandu arah takpolah..
Yang paling penting tanyalah staf USS sekiranya sesat jalan atau ingin mengetahui lokasi tertentu di USS. Mereka semua adalah petugas dan pekerja yang mesra pelanggan dan sedia menolong walaupun tolong ambil gambar.. mereka tak kisah.. perkhidmatan 5 star hi..hi
Nak cerita lebih-lebihpun tiada guna,kenapa? nak tahu tentang USS boleh klik pautan ini http://www.rwsentosa.com/language/en-US/Homepage/ThingsToDo/UniversalStudiosSingapore
Sekadar Kenangan..
Azmina teruja melintasi Tembok Johor..
Sekitar dalam USS..
BAjet Perjalanan.
Untuk bajet perjalanan ni tidak banyak yang perlu difikirkan kerana perjalanan ini kami ambil pakej pengangkutan + tiket + baucer makan + baucer cenderamata $5 = RM 190.00. Naik bas di Skudai, JB.
Untuk menginap semalaman di hotel UApollo, Skudai sebilik RM 75.00 (3 katil) dan RM60 (2 katil)..hotel bajet tapi kemudahan seperti hotel 3@4 star..berbaloi..
Setakat ini sahaja info yang dapat diberi,
Sekadar catatan peribadi,
Tersalah terkurang adalah kelemahan sendiri,
Wassalam.. jumpa lagi.

bersama keluarga
Mama Pa posting depan pintu utama
Abah Su di pintu masuk USSSekitar dalam USS..
TRANSFORMERS The Ride
Bersama Sesame Street di NY City
Ahsan kepenatan..tertido
Selepas menonton Shrek 4D & Donkey LIVE
Madagascar dulu sebelum pulang ke Malaysia..
Untuk bajet perjalanan ni tidak banyak yang perlu difikirkan kerana perjalanan ini kami ambil pakej pengangkutan + tiket + baucer makan + baucer cenderamata $5 = RM 190.00. Naik bas di Skudai, JB.
Untuk menginap semalaman di hotel UApollo, Skudai sebilik RM 75.00 (3 katil) dan RM60 (2 katil)..hotel bajet tapi kemudahan seperti hotel 3@4 star..berbaloi..
Setakat ini sahaja info yang dapat diberi,
Sekadar catatan peribadi,
Tersalah terkurang adalah kelemahan sendiri,
Wassalam.. jumpa lagi.
Comments
.
Jessica Abdul, Love Travel, Tel: +6012-776 0219 / +6017-7055381, Email: jessica.travel8686@gmail.com,
.
Web:
>> www.facebook.com/lovetravel86 & >> http://lovetravel-love.blogspot.com