Selangkah Perjalanan Seribu Pengalaman..

 Medan adalah ibu kota Sumatera Utara (http://ms.wikipedia.org/wiki/Medan) dan merupakan salah satu bandaraya yang begitu sibuk dengan aktiviti-aktiviti harian warga kotanya.  Di kesempatan ini inginku catatkan sedikit sebanyak kenangan manis ketika berada di sana. Lawatan ke kota Medan dan beberapa tempat menarik di sekitar daerah/kabupaten sekitarnya selama 6hari/5malam.

Kenangan manisnya..
1.Membawa rombongan sekeluarga isteriku seramai 17 orang dewasa & 4 kanak-kanak selama 6h/5m dengan bajetnya sekitar RM 4000 sahaja. jimatkan!. Destinasinya ialah Kota Medan, Berastagi, Parapat, dan Danau Toba. Di kota Medan kita akan terkejut dengan sistem lalulintasnya..begitu sibuk dan sebahagiannya tidak mengikut undang lalulintas. Pembangunannya pesat dan pengangkutan awam yang lebih baik berbanding  di Malaysia, senang dapat dan melimpah-ruah he.. Singgahlah dan nikmatilah PIZZA HUT Merdeka Walk, rasanya lebih sedap dan lembut. Jangan bimbang, halalnya dikitiraf..

Sekitar Bandar Medan (16-18 & 20-21/12/2012)








2. Merasai kesejukan dan udara nyaman di Berastagi. Berastagi merupakan dataran tinggi seperti Cameron Highland..bahkan lebih sejuk daripada Cameron. Pesanan, sediakan baju sweater kalau hendak berkunjung ke sana. Dengan bantuan Agoda (www.agoda.com.my/ ) kami menginap di hotel Mikie Holiday Resort & Hotel semalaman.

Berastagi







3. Perjalanan dari Berastagi ke Parapat dan Pulau Samosir, Danau Toba mengambil masa kira-kira 4 jam kerana jalan-jalannya penuh berliku. Maklumlah laluan gunung-ganang. Di Parapat,kami menyewa sebuah kapal untuk ke Pulau Samosir dengan bayarannya Rp800000 yang boleh memuatkan penumpang seramai 40 orang. Pengusaha kapal carta berjanji membawa kami melawat beberapa tempat yang menarik di sekitar Pulau Samosir. Mendengar penerangannya, seolah-olah untuk melawat pulau Samosir mesti menempah sebuah kapal sepertimana bayangan berjalan-jalan di Tasik Kenyir, Terengganu. Hakikatnya tempat menarik itu hampir semuanya berada di satu pulau sahaja, bukannya beberapa pulau yang dibayangkan. Ini merupakan satu kesilapan besar buat kami. Sepatutnya tidak perlu carta kapal hendak ke Pulau Samosir kerana cukup sekadar kapal tambang biasa. Tambangnya murah sekitar Rp6000 seorang sahaja. . Tertipu rasanya..

Pulau Samosir













3. Akhirya, perbelanjaan sepanjang wisata di Medan:-
    a) Tambang Air Asia =RM 2500 (promo)
    b) Sultan Homestay = Rp 470 ribu(RM156)-2hari x 3 bilik (16-18/12)
    c) Homestay Faisal (20-21/12) + bas ke Danau Toba= RM 1600 bayaran semua sekaligus.
    d)Becak  = Tambangnya sekitar Rp 5000- Rp25000 sebuah bergantung destinasi(blh nego)
    e) Teksi = Bermeter (kadang2 tak nak pakai meterpun, mcm Malaysia laa)
    d) Angkutan (bas van) = Tambang Rp 3000 seorang semua destinasi mengikut laluannya. Sesuai untuk individu &kumpulan kecil. Bagi kumpulan besar boleh sewa khas/carta (sekitar Rp 50k-Rp100K sehala).
    e) Hotel Mikie Berastagi =Sebilik RM 100 lbh. (promo Agoda, harga biasa RM 300 lbh )
    f) Kapal carta = Rp 800k
    e) Lain-lain =Rp 200k ( tiket laluan ke tempat wisata & parking) & makan minum.

Untuk ingatan peribadiku, melancong secara bajet banyak risikonya berbanding secara pakej. Penat rasanya apabila terpaksa mengurus sendiri semuanya sepanjang berada di Medan terutama tentang perbelanjaan, jadual perjalanan, pengangkutan, penginapan dan lain-lain. Namun,  sebaik sahaja menjejak semula kaki di landasan LCCT, kepuasan yang tak terhingga dirasai  . Satu keluarga besar dapat menikmati perjalanan di rantau orang . Terima kasih ku ucapkan buat asmat, ijo, basit, dan abg lan&sekuarga yang bertungkus-lumus menjayakan hari keluarga (family day) dalam misi menawan Kota Medan ini. Wassalam.


Comments

Popular posts from this blog

Pertukaran Nama Bil Air dan Elektrik

Selesai sudah...