MENYUSURI KEINDAHAN ALAM DI TASIK KENYIR, TERENGGANU






Tasik Kenyir merupakan sebuah tasik buatan. Walaupun tasik buatan tetapi keindahan alamnya seolah-olah ia tasik semulajadi.  Kalau ada yang bertanya : "Bagaimana perasaan anda tentang Tasik Kenyir?", jawapanku mudah dan senang : "Selusurilah tasik itu, di sana ada jawapannya."

Atas inisiatif kak Yan sekeluarga, kami telah menempah house boat dan rumah penginapan persekutuan untuk menikmati alam flora dan fauna di tasik kenyir selama 2 hari 1 malam (15-16Sept 2013).  Teruja kerana kali pertama bemalam di atas kapal.

Bermulanya jelajahi alam Tasik Kenyir


Pokcik bersama Azmina berehat di anjung houseboat

Ruang tamu



Bilik tidur



Tentatif program seperti berikut;

Hari Pertama
- Mula bertolak dari jeti Pengkalan Gawi, Kuala Berang  menuju  ke air terjun Tasik Kenyir. Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam.

-Bermalam di jeti Petang Resort. Di sinilah bemulanya aktiviti memancing sepuas-puasnya di atas house boat sambil bakar ikan talapia merah & baung (beli di sangkar ikan, 1kg=rm8..berbaloi dengan dagingnya yang fresh dan manis). Camna memancing? Dapat ikan ker?...jawapannya..kail pancing lbh byk dari ikan yang dapat. Kenapa? Kerana ikan di tasik kenyir nampaknya agak susah nak makan umpan2 yang kami bawa :cengkerik, anak ikan keli, buah k.sawit, dedak dan hati lembu. Kawanku kata keno pakai umpan cacing, ntahla betul atau tidak. Yang tentunya ikan tak nak makan umpan seolah2 sudah kenyang.
Tips: Belilah ikan sangkar, jangan mengharapkan ikan yang dikail untuk aktiviti BBQ nanti.




















Hari Kedua
-Bertolak ke Santuari Kelah seawal pukul 8.00 pagi.  Sesampai di jeti santuari kelah, kami diberi taklimat oleh petugas tentang perjalanan dan peraturan yang mesti dipatuhi semasa berada di santuari kelah. Di sini ku terangkan serba sedikit perjalanan nak ke sana.
1. Beli dan bawalah dedak yang dibekalkan oleh pihak berkuasa di sana.
2. Menempuhi anak bukit dan menyusuri tebing sungai lebih kurang  selama 40 minit, bergantung kecerdasan dan ketangkasan semasa berjalan.
3.Baby dan kanak2 sesuai ke bawa bersama? Boleh bawa kalau bersedia mengendongnya..
4. Pakai kasut. Kalau pakai selipar boleh putus talinya.. mace selipar Alia..hi..
5. Pelawat hanya dibenarkan bermain dengan ikan kelah selama 30 minit sahaja.
Tips: datanglah ke Santuari Kelah dalam bulan Mac-April kerana bot kecil boleh membawa anda hampir ke tempat ikan kelah. HANYA 15 MINIT SAHAJA berjalan kaki.

Menuju ke Santuari Kelah


Check point pertama jungle trekking




Azmina bersama mak



Ikan kelah


Sebelum pulang, kami singgah di Taman Herba Tasik Kenyir. Di sana kita akan dapat menikmati pelbagai tumbuh-tumbuhan semulajadi yang boleh dijadikan herba ubat-ubatan. Dianggarkan kira-kira 26,000 pokok herba pelbagai jenis terdapat di pulau ini. Yang seronoknya, pihak pengurusan Tasik Kenyir menyediakan seorang petugas yang berpangkat 'pakcik' amat mahir tentang ubat-ubatan herba. Singgahlah di  taman ini, anda pasti akan berpeluang menikmati minuman herba seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah yang  ditanam di kawasan taman ini.

Lebih kurang pukul 5.30 petang, alhamdulillah perjalanan menyusuri keindahan Tasik Kenyir di penghujung akhirnya, apabila house boat kami selamat berlabuh  di Jeti Pangkalan Gawi.  Begitu indah ciptaan Allah S.W.T. Hanya hambanya yang berfikir tentang kejadian-Nya akan merasai betapa kerdilnya sebagai seorang insan di muka bumi ini. Allahu A'lam..












































Comments

cikguwe said…
Salam,

EN blg bg contact bot x?
nasalawi said…
Boleh hubungi En. Sukri, no tel: 0199333467

Popular posts from this blog

Pertukaran Nama Bil Air dan Elektrik

Selesai sudah...