Lawatan Ke USS Singapura

Alhamdulillah hajat ingin memijak kaki di tanah seberang tembok Johor akhirnya tertunai jua. Menjejaki tanah Singapura sudah lama ku idamkan bermula pada tahun 1996 ketika mula-mula bekerja di bangunan Komtar JB dahulu. Akhirnya pada tanggal 29 Mei 2013 barulah misi ini berjaya. Universal Studios Singapore (USS) Sesiapa yang datang ke USS pasti kagum dan berpuas hati dengan segala yang ada didalamnya. Maklumlah tempat entertainment, hiburan sekeluarga. Walaupun begitu ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sekiranya hendak melawat ke sana, antaranya : 1. Tidak sesuai untuk orang tua (mak ayah kita-sekitar umur 60thn lbh) kerana tempat itu amat luas dan perlu berjalan ke sana-sini bagi merasai zon-zon studio yang ada didalamya. Memenatkan dan tempat istirehat hanya sedikit disediakan. 2. Tidak sesuai kanak-kanak berumur bawah 2 tahun kerana kebanyakan studio melarang kanak-kanak kecil memasukinya, terutama bawah 2 tahun. Bagi kanak 4 tahun ke atas pe...