Posts

Showing posts from 2013
Image
MENYUSURI KEINDAHAN ALAM DI TASIK KENYIR, TERENGGANU Tasik Kenyir merupakan sebuah tasik buatan. Walaupun tasik buatan tetapi keindahan alamnya seolah-olah ia tasik semulajadi.  Kalau ada yang bertanya : "Bagaimana perasaan anda tentang Tasik Kenyir?", jawapanku mudah dan senang : "Selusurilah tasik itu, di sana ada jawapannya." Atas inisiatif kak Yan sekeluarga, kami telah menempah house boat dan rumah penginapan persekutuan untuk menikmati alam flora dan fauna di tasik kenyir selama 2 hari 1 malam (15-16Sept 2013).  Teruja kerana kali pertama bemalam di atas kapal. Bermulanya jelajahi alam Tasik Kenyir Pokcik bersama Azmina berehat di anjung houseboat Ruang tamu Bilik tidur Tentatif program seperti berikut; Hari Pertama - Mula bertolak dari jeti Pengkalan Gawi, Kuala Berang  menuju  ke air terjun Tasik Kenyir. Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam. -Bermalam di jeti Petang Resort. Di sinilah bemulanya aktiv...

Lawatan Ke USS Singapura

Image
Alhamdulillah hajat ingin memijak kaki di tanah seberang tembok Johor akhirnya tertunai jua. Menjejaki tanah Singapura sudah lama ku idamkan bermula pada tahun 1996 ketika mula-mula bekerja di bangunan Komtar JB dahulu. Akhirnya pada tanggal 29 Mei 2013 barulah misi ini berjaya.   Universal Studios Singapore (USS) Sesiapa yang datang ke USS pasti kagum dan berpuas hati dengan segala yang ada didalamnya.  Maklumlah tempat  entertainment, hiburan sekeluarga. Walaupun begitu ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sekiranya hendak melawat ke sana, antaranya : 1. Tidak sesuai untuk orang tua (mak ayah kita-sekitar umur 60thn lbh) kerana tempat itu amat luas dan perlu berjalan ke sana-sini bagi merasai zon-zon studio yang ada didalamya. Memenatkan dan tempat istirehat hanya sedikit disediakan. 2. Tidak sesuai kanak-kanak berumur bawah 2 tahun kerana kebanyakan studio melarang kanak-kanak kecil memasukinya, terutama bawah 2 tahun. Bagi kanak 4 tahun ke atas pe...