Selangkah Perjalanan Seribu Pengalaman..
Medan adalah ibu kota Sumatera Utara ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Medan ) dan merupakan salah satu bandaraya yang begitu sibuk dengan aktiviti-aktiviti harian warga kotanya. Di kesempatan ini inginku catatkan sedikit sebanyak kenangan manis ketika berada di sana. Lawatan ke kota Medan dan beberapa tempat menarik di sekitar daerah/kabupaten sekitarnya selama 6hari/5malam. Kenangan manisnya.. 1.Membawa rombongan sekeluarga isteriku seramai 17 orang dewasa & 4 kanak-kanak selama 6h/5m dengan bajetnya sekitar RM 4000 sahaja. jimatkan!. Destinasinya ialah Kota Medan, Berastagi, Parapat, dan Danau Toba. Di kota Medan kita akan terkejut dengan sistem lalulintasnya..begitu sibuk dan sebahagiannya tidak mengikut undang lalulintas. Pembangunannya pesat dan pengangkutan awam yang lebih baik berbanding di Malaysia, senang dapat dan melimpah-ruah he.. Singgahlah dan nikmatilah PIZZA HUT Merdeka Walk, rasanya lebih sedap dan lembut. Jangan bimbang, halalnya dikitiraf.....