Posts

Showing posts from 2012

Selangkah Perjalanan Seribu Pengalaman..

Image
 Medan adalah ibu kota Sumatera Utara ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Medan ) dan merupakan salah satu bandaraya yang begitu sibuk dengan aktiviti-aktiviti harian warga kotanya.  Di kesempatan ini inginku catatkan sedikit sebanyak kenangan manis ketika berada di sana. Lawatan ke kota Medan dan beberapa tempat menarik di sekitar daerah/kabupaten sekitarnya selama 6hari/5malam. Kenangan manisnya.. 1.Membawa rombongan sekeluarga isteriku seramai 17 orang dewasa & 4 kanak-kanak selama 6h/5m dengan bajetnya sekitar RM 4000 sahaja. jimatkan!. Destinasinya ialah Kota Medan, Berastagi, Parapat, dan Danau Toba. Di kota Medan kita akan terkejut dengan sistem lalulintasnya..begitu sibuk dan sebahagiannya tidak mengikut undang lalulintas. Pembangunannya pesat dan pengangkutan awam yang lebih baik berbanding  di Malaysia, senang dapat dan melimpah-ruah he.. Singgahlah dan nikmatilah PIZZA HUT Merdeka Walk, rasanya lebih sedap dan lembut. Jangan bimbang, halalnya dikitiraf.....

Pertukaran Nama Bil Air dan Elektrik

SubhanAllah...Selesai juga urusan pembelian rumahku ini. Hampir setahun lamanya untuk menyelesaikan proses pembelian rumah ini. Bermula dengan pinjaman rumah sehinggalah pertukaran nama pemilik dalam bil air dan elektrik. Hari ini semuanya selesai. Sebagai rujukanku pada masa depan, inilah proses yang perlu dilakukan untuk menukar penama dalam bil air SAMB dan bil elekrik TNB. 1. Bil Air SAMB 1 salinan surat perjanjian jual beli rumah 1 salinan kad pengenalan 1 salinan bil terdahulu 1 setem hasil (RM10) Cagaran dan proses sebanyak RM 120 2. Bil Elektrik TNB 1 salinan surat perjanjian jual beli rumah 1 salinan kad pengenalan 1 salinan bil terdahulu 1 setem hasil (RM10) Cagaran dan proses sebanyak RM 243 Urusan hendaklah dilakukan di cawangan pemilik asal daftarkan bil elektrik tersebut.