Posts

Showing posts from June, 2009

Selesai sudah...

Alhamdulillah, selesai jua akhirnya saya menyiapkan laporan j-QAF bersama-sama rakan yang j-QAF yang lain. Penat gak rasanya bersengkang mata untuk menyiapkan laporan tersebut. Sekali lagi ku lafazkan kesyukuran Illahi kerana berjaya menyiapkan laporan tersebut walaupun menghadapi sedikit kesulitan mengumpul data-data yang diperlukan.. Insya Allah, sekiranya diizinkan Allah s.w.t, saya ingin mengumpul lembaran kerja bagi Pemulihan Jawi di Scribd jika ada kelapangan waktu untuk dikongsi bersama-sama..

Sambutan Maulidur Rasul 1430

SKBR telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul yang disertai oleh warga SKBR, terutama murid Tahap 2 dan guru.. Semoga majlis ini sedikit sebanyak mampu memberi kefahaman dan penghayatan dalam diri tentang tatacara kehidupan dan kesempurnaan kepribadian Rasulullah S.A.W. Benarlah firman Allah S.W.T : "Dan tidak Kami utuskan engkau ( wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk seluruh alam" al-Anbia'21:107