Posts

Showing posts from 2009

Selesai sudah...

Alhamdulillah, selesai jua akhirnya saya menyiapkan laporan j-QAF bersama-sama rakan yang j-QAF yang lain. Penat gak rasanya bersengkang mata untuk menyiapkan laporan tersebut. Sekali lagi ku lafazkan kesyukuran Illahi kerana berjaya menyiapkan laporan tersebut walaupun menghadapi sedikit kesulitan mengumpul data-data yang diperlukan.. Insya Allah, sekiranya diizinkan Allah s.w.t, saya ingin mengumpul lembaran kerja bagi Pemulihan Jawi di Scribd jika ada kelapangan waktu untuk dikongsi bersama-sama..

Sambutan Maulidur Rasul 1430

SKBR telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul yang disertai oleh warga SKBR, terutama murid Tahap 2 dan guru.. Semoga majlis ini sedikit sebanyak mampu memberi kefahaman dan penghayatan dalam diri tentang tatacara kehidupan dan kesempurnaan kepribadian Rasulullah S.A.W. Benarlah firman Allah S.W.T : "Dan tidak Kami utuskan engkau ( wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk seluruh alam" al-Anbia'21:107

QUNUT NAZILAH

Image
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.” (Riwayat Muslim) Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah S.W.T semoga saudara kita di Palestin dilindungi oleh Illahi daripada kekejaman Yahudi Israel la'natullah.. Doa Qunut Nazilah